Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia! Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa ini adalah hari persekutuan Malaysia ditubuhkan di mana Sabah dan Sarawak menyertai Malaya untuk membentuk negara yang kita ada sekarang.

Kalau anda masih lagi mengingati ikrar yang dilaungkan ketika perhimpunan sekolah, inilah masanya untuk “refresh” ingatan kita dan cinta kita kepada negara kita.

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

  • Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
  • Memelihara cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan 

Majulah Malaysia! Satu negara, satu bangsa, bangsa Malaysia!

Related Posts

Share

0 comments ↓

There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

Leave a Comment